|
FORUM
May 15, 2011 0:15:08 GMT 9
Post by salwa2canggih on May 15, 2011 0:15:08 GMT 9
Walaupun pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki, kaum lelaki lebih banyak menjadi pemimpin di negara kita ini. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut.Ia adalah satu fakta yang tidak dinafikan lagi.Menurut pemerhatian saya,apa yang membezakan antara kecemerlangan kaum adam dan kaum hawa adalah tahap kerajinan mereka.Saya beranggapan bahawa kaum hawa lebih rajin dan teliti dalam melakukan sesuatu manakala kaum adam pula sering mengambil ringan sesuatu perkara dan sering menangani sesuatu perkara dengan sambil lewa.Apakah yang terjadi pada kaum adam zaman kini?Kaum adam sering mengatakan kaum hawa adalah kaum yang lemah namun jika dilihat pada era globalisasi ini,kaum hawa lebih cemerlang dan menyerlah berbanding kaum adam?SEperti yang dinyatakan,semuanya adalah disebabkan tahap kerajinan seseorang.Tahap kerajinan seseorang adalah sesuatu yang ajaib.Ini kerana dengan kerajinanlah,kaum hawa dapat mengatasi kecemerlangan kaum adam..
|
|
|
FORUM
May 15, 2011 0:22:19 GMT 9
Post by salwa2canggih on May 15, 2011 0:22:19 GMT 9
Pada pendapat saya, memang benar pelajar perempuan kini lebih cemerlang kerana banyak perkara. Contohnya, sifat pelajar perempuan yang lebih teliti dan penyabar membolehkan mereka menumpukan perhatian yang lebih ketika proses pengajaran dan pembelajaran diadakan. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut.Ini kerana kaum hawa adalah kaum yang lebih teliti dan rajin berbanding kaum adam.Kerajinan seseorang itu mampu mengukur tahap kecemerlangan seseorang.oleh itu,berdasarkan pemerhatian saya,saya dapat merumuskan bahawa kaum hawa lebih cemerlang berbanding kaum adam.
|
|
|
FORUM
May 15, 2011 0:36:23 GMT 9
Post by salwa2canggih on May 15, 2011 0:36:23 GMT 9
Saya bersetuju akan pernyataan tersebut kerana prestasi pelajar perempuan pada masa kini lebih cemerlang daripada pelajar lelaki.hal ini dapat dibuktikan melalui kadar pelajar lelaki di universiti semakin berkurangan.Perkara ini akan timbul setiap kali sessi kemasukkan ke IPTA bermula. Menurut laporan dalam akhbar 105,377 pelajar baru yang mendaftar pada sesi pengajian 2010/2011, sebanyak 61,750 atau 58.6 peratus adalah pelajar wanita dan selebihnya adalah lelaki. Saya bersetuju dengan pernyaan di atas.Namun kaum adam juga adalah kaum yang cemerlang.Walaupun kecemerlangan kaum adam tidak setanding dengan kaum hawa,kita patut menghargai dan berbangga dengan kejayaan kaum adam.Ini kerana pada era globalisasi ini amat sukar untuk mencari kaum adam yang berjaya.Jika ada yang berjaya,itu adalah kejayaan yang cemerlang.Oleh itu,kaum adam pada masa kini harus bangkit bagi mengatasi tahap kecemerlangan yang sedang asyik dimonopoli oleh kaum hawa.Bukan bererti saya menyatakan kaum adam lebih cemerlang namun sekadar untuk menyuntik kembali semangat kaum adam pada masa kini untuk terus berjuang.Apapun,saya dengan setegas-tegasnya mengatakan bahawa SUDAH SEMESTINYA KAUM HAWA ADALAH KAUM YANG LEBIH CEMERLANG berbanding kaum adam.
|
|
|
FORUM
May 15, 2011 1:00:13 GMT 9
Post by suhaila2cemerlang on May 15, 2011 1:00:13 GMT 9
Saya bersutuju dengan tajuk ini kerana setiap tahun murid perempuan akan dinobatkan sebagai murid terbaik.Misalnya Nur Amalina yang berjaya mendapt 17A dalam SPM pada tahun 2004. Hal ini kerana murid perempuan lebih rajin mengulang kaji,membuat kerja sekolah dan ke perpustakaan untuk rujukan dan sebaliknya kepada murid lelaki.Murid perempuan juga tekun dan sabar menelaah pelajaraan serta rajin bertanyakan masalah yang dihadapi sekiranya tidak memahami topik yang dibincangkan. Murid lelaki pula lebih fokus kepada aktiviti luar.Mereka juga kurang memberikan perhatian di dalam kelas.Malahan mereka mudah berasa jemu jika pelajaran yang diajarkan guru kurang menarik. Kesimpulannya,jelaslah murid perempuan lebih cemerlang daripada murid lelaki.... ;D
|
|
|
FORUM
May 15, 2011 21:26:52 GMT 9
Post by alyafarhana2cerdas on May 15, 2011 21:26:52 GMT 9
Saya amat setuju dengan pernyataan di atas. Hal ini kerana pelajar lelaki lebih suka bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Sebagai contoh, mereka suka bermain bola sepak, badminton dan sepak takraw. Manakala pelajar perempuan lebih suka membaca buku seperti buku cerita dan novel.
|
|
|
FORUM
May 15, 2011 22:00:12 GMT 9
Post by tgnatasya2cekal on May 15, 2011 22:00:12 GMT 9
Saya amat setuju dengan pernyataan di atas. Hal ini kerana pelajar lelaki lebih suka bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Sebagai contoh, mereka suka bermain bola sepak, badminton dan sepak takraw. Manakala pelajar perempuan lebih suka membaca buku seperti buku cerita dan novel. Apa yang diperkatakan adalah sangat benar.Selain itu, pelajar lelaki juga lebih gemar memilih subjek yang kurang mengahafal tetapi lebih berlatih manakala pelajar perempuan pula lebih gemar memilih subjek yang diperlukan untuk menghafal kerana bagi mereka, mengahafal adalah salah satu cabaran yang perlu mereka tempuhi di lain hari.Oleh sebab itu, ingatan pelajar perempuan biasanya adalah lebih kuat berbanding dengan pelajar lelaki. Ini dapat dilihat dengan jelas di mana-mana sekolah. Istilah 'lupa' sering sahaja didengar daripada mulut pelajar lelaki apabila guru-guru meminta kerja rumah yang diberikan.
|
|
|
FORUM
May 16, 2011 22:26:58 GMT 9
Post by aidid2cerdik on May 16, 2011 22:26:58 GMT 9
Walaupun pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki, kaum lelaki lebih banyak menjadi pemimpin di negara kita ini. saya setuju dengan kenyataan yang diberikan.Walaubagaimanapun,pada masa kini telah ramai wanita menjadi pemimpin dan memegang jawatan yang penting di negara yang pesat membangun seperti di Amerika Syarikat,Austarlia dan negara-negara yang lain.
|
|
|
FORUM
May 17, 2011 11:12:22 GMT 9
Post by ongteiksiun2cekap on May 17, 2011 11:12:22 GMT 9
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa pelajar perempuan telah dibuktikan lebih cemerlang dewasa kini tetapi masih terdapat diskriminasi apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Contohnya tugas atau pekerjaan yang dilakukan setanding dengan pekerja lelaki tetapi tidak mendapat bayaran yang sama.
|
|
|
FORUM
May 17, 2011 12:08:00 GMT 9
Post by mohdfaisalmustafa on May 17, 2011 12:08:00 GMT 9
PELAJAR PEREMPUAN LEBIH CEMERLANG BERBANDING PELAJAR LELAKI.BINCANGKAN.Anda diberi masa dari 12/05/2011 hingga 17/05/2011 untuk membincangkan isu ini. Forum ini akan ditutup selepas tarikh yang dinyatakan. Anda dikehendaki mengemukakan idea-idea yang bernas dan anda juga dibenarkan untuk memberi respons terhadap idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan anda. SAYA KURANG BERSETUJU Hakikatnya kaum lelaki lebih bijak dan pintar tetapi mereka leka dan tidak serius dalam pelajaran Sama seperti perbandingan dalam aspek lain antara lelaki dan wanita, soal siapa lebih pintar boleh dikatakan tidak mempunyai jawapan tepat. Secara amnya, tidak ada mekanisme yang adil bagi menentukan antara lelaki dan wanita, siapa lebih pintar, cerdas, bijak atau pandai. Ini kerana hakikatnya, piawaian kepintaran itu bersifat agak subjektif dan tidak dapat ditentukan dengan tepat dan adil. Namun, kebanyakan laporan kajian pakar sains dan psikologi yang pernah disiarkan di media setakat ini nampaknya lebih memihak kepada lelaki. Bersandarkan piawaian tertentu (lebih menjurus kepada kebolehan kognitif), golongan lelaki dianggap lebih bijak daripada wanita. Peringkat awal kajian yang membandingkan faktor jantina dengan kepintaran melalui ujian IQ yang dikendalikan pada awal abad ke-20 menunjukkan, jantina tidak mempengaruhi kepintaran seseorang manusia. Pada tahun 1995, kajian LV Hedges and A Nowell menunjukkan wujudnya perbezaan signifikan dari segi statistik dalam purata IQ antara lelaki dan wanita menggunakan data yang pernah disiarkan dalam kajian tahun sebelumnya. Untuk beberapa ujian dalam kajian ini, pencapaian lelaki mengatasi wanita dalam pemahaman bacaan, kelajuan persepsi, dan perhubungan memori. Beberapa kajian lain pada pertengahan 1990-an juga menunjukkan ada sedikit perbezaan dalam tahap IQ lelaki dan wanita. Hakikatnya kaum lelaki lebih bijak dan pintar tetapi mereka leka dan tidak serius dalam pelajaran
|
|
|
FORUM
May 17, 2011 22:04:31 GMT 9
Post by kuhan2cerdas on May 17, 2011 22:04:31 GMT 9
PELAJAR PEREMPUAN LEBIH CEMERLANG BERBANDING PELAJAR LELAKI.BINCANGKAN.Anda diberi masa dari 12/05/2011 hingga 17/05/2011 untuk membincangkan isu ini. Forum ini akan ditutup selepas tarikh yang dinyatakan. Anda dikehendaki mengemukakan idea-idea yang bernas dan anda juga dibenarkan untuk memberi respons terhadap idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan anda. SAYA KURANG BERSETUJU Hakikatnya kaum lelaki lebih bijak dan pintar tetapi mereka leka dan tidak serius dalam pelajaran Sama seperti perbandingan dalam aspek lain antara lelaki dan wanita, soal siapa lebih pintar boleh dikatakan tidak mempunyai jawapan tepat. Secara amnya, tidak ada mekanisme yang adil bagi menentukan antara lelaki dan wanita, siapa lebih pintar, cerdas, bijak atau pandai. Ini kerana hakikatnya, piawaian kepintaran itu bersifat agak subjektif dan tidak dapat ditentukan dengan tepat dan adil. Namun, kebanyakan laporan kajian pakar sains dan psikologi yang pernah disiarkan di media setakat ini nampaknya lebih memihak kepada lelaki. Bersandarkan piawaian tertentu (lebih menjurus kepada kebolehan kognitif), golongan lelaki dianggap lebih bijak daripada wanita. Peringkat awal kajian yang membandingkan faktor jantina dengan kepintaran melalui ujian IQ yang dikendalikan pada awal abad ke-20 menunjukkan, jantina tidak mempengaruhi kepintaran seseorang manusia. Pada tahun 1995, kajian LV Hedges and A Nowell menunjukkan wujudnya perbezaan signifikan dari segi statistik dalam purata IQ antara lelaki dan wanita menggunakan data yang pernah disiarkan dalam kajian tahun sebelumnya. Untuk beberapa ujian dalam kajian ini, pencapaian lelaki mengatasi wanita dalam pemahaman bacaan, kelajuan persepsi, dan perhubungan memori. Beberapa kajian lain pada pertengahan 1990-an juga menunjukkan ada sedikit perbezaan dalam tahap IQ lelaki dan wanita. Hakikatnya kaum lelaki lebih bijak dan pintar tetapi mereka leka dan tidak serius dalam pelajaran Saya kurang bersetuju dengan pendapat tuan kerana banyak kajian menyatakan bahawa pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki. Kesimpulannya PELAJAR PEREMPUAN SEMEMANGNYA LEBIH CEMERLANG DARIPADA PELAJAR LELAKI
|
|
|
FORUM
May 28, 2011 8:52:03 GMT 9
Post by rais2cemerlang on May 28, 2011 8:52:03 GMT 9
saya bersetuju kerana ramai pelajar perempuan yang masuk ke institut di malaysia berbanding dangan pelajar lelaki
|
|
|
FORUM
Jul 21, 2011 22:59:50 GMT 9
Post by Khairulamirin on Jul 21, 2011 22:59:50 GMT 9
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhi diri daripada perkara yang sia-sia. Dan orang yang mengeluarkan zakat. Dan orang yang menjaga kehormatannya. (surah al-mukminun ayat 1-5)
|
|
|
FORUM
Jul 21, 2011 23:07:38 GMT 9
Post by Khairulamirin on Jul 21, 2011 23:07:38 GMT 9
Janganlah kamu bertengkar antara satu sama lain. Sesungguhnya kamu telah menjauhkan dirimu daripada Allah
|
|