|
FORUM
May 12, 2011 15:02:01 GMT 9
Post by aznafarhana on May 12, 2011 15:02:01 GMT 9
PELAJAR PEREMPUAN LEBIH CEMERLANG BERBANDING PELAJAR LELAKI.BINCANGKAN.
Anda diberi masa dari 12/05/2011 hingga 17/05/2011 untuk membincangkan isu ini. Forum ini akan ditutup selepas tarikh yang dinyatakan. Anda dikehendaki mengemukakan idea-idea yang bernas dan anda juga dibenarkan untuk memberi respons terhadap idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan anda.
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 15:12:39 GMT 9
Post by hjjhghj on May 12, 2011 15:12:39 GMT 9
nkhjkhjhjj
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 15:13:40 GMT 9
Post by njjhjk on May 12, 2011 15:13:40 GMT 9
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 15:16:23 GMT 9
Post by rais2cemerlang on May 12, 2011 15:16:23 GMT 9
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 15:17:28 GMT 9
Post by alyafarhana2cerdas on May 12, 2011 15:17:28 GMT 9
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 15:18:49 GMT 9
Post by salwa2canggih on May 12, 2011 15:18:49 GMT 9
Menurut kajian,tahap kematangan lelaki adalah satu tahun ke belakang daripada perempuan. Ini merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan lagi.Pada masa kini,kita dapat lihat kaum hawa lebih cemerlang daripada kaum adam. Jika kita berkunjung ke mana-mana pusat perindustrian yang terkemuka,kita dapat melihat lebih ramai perempuan daripada lelaki.
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 15:20:05 GMT 9
Post by ikhwan2cekal on May 12, 2011 15:20:05 GMT 9
saya bersetuju akan pernyataan tersebut kerana prestasi pelajar perempuan pada masa kini lebih cemerlang daripada pelajar lelaki.hal ini dapat dibuktikan melalui kadar pelajar lelaki di universiti semakin berkurangan.Perkara ini akan timbul setiap kali sessi kemasukkan ke IPTA bermula. Menurut laporan dalam akhbar 105,377 pelajar baru yang mendaftar pada sesi pengajian 2010/2011, sebanyak 61,750 atau 58.6 peratus adalah pelajar wanita dan selebihnya adalah lelaki.
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 17:28:24 GMT 9
Post by tgnatasya2cekal on May 12, 2011 17:28:24 GMT 9
saya bersetuju akan pernyataan tersebut kerana prestasi pelajar perempuan pada masa kini lebih cemerlang daripada pelajar lelaki.hal ini dapat dibuktikan melalui kadar pelajar lelaki di universiti semakin berkurangan.Perkara ini akan timbul setiap kali sessi kemasukkan ke IPTA bermula. Menurut laporan dalam akhbar 105,377 pelajar baru yang mendaftar pada sesi pengajian 2010/2011, sebanyak 61,750 atau 58.6 peratus adalah pelajar wanita dan selebihnya adalah lelaki. saya juga bersetuju dengan semua perkara yang dinyatakan. Antara bukti lain juga adalah di Institusi Perguruan. Seperti yang dilihat, kebanyakan orang yang memohon di sana adalah daripada kaum wanita. Walaubagaimanapun, mereka sedang mencari guru lelaki untuk menaikkan taraf kaum lelaki.
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 17:42:12 GMT 9
Post by tgnatasya2cekal on May 12, 2011 17:42:12 GMT 9
Selain itu, jumlah pelajar perempuan melebihi lelaki bagi program lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau setaraf dengan yang akan mendaftar. Seramai 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan ke universiti awam.
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 21:20:42 GMT 9
Post by ongteiksiun2cekap on May 12, 2011 21:20:42 GMT 9
Pada pendapat saya, memang benar pelajar perempuan kini lebih cemerlang kerana banyak perkara. Contohnya, sifat pelajar perempuan yang lebih teliti dan penyabar membolehkan mereka menumpukan perhatian yang lebih ketika proses pengajaran dan pembelajaran diadakan.
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 21:57:02 GMT 9
Post by kuhan2cerdas on May 12, 2011 21:57:02 GMT 9
Bagi pendapat saya pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki dalam pelbagai bidang atau perkara. Menurut laporan Bernama 2008, didapati bahawa sebanyak 65.3 peratus pelajar wanita telah mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada sesi akademik 2008/2009 berbanding dengan hanya 34.7 peratus pelajar lelaki. Selain itu, berdasarkan kajian yang diperoleh, jumlah enrolmen pelajar di IPTA pada tahun 2007 adalah sebanyak 382,997 orang, daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 228,521 terdiri daripada pelajar perempuan manakala pelajar lelaki sebanyak 154,476 orang.
Disamping itu, Tinjauan oleh Sutherland (dalam Tinklin, Coxford, Frame & Ducklin 2000) menyatakan bahawa prestasi pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki adalah suatu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia seperti di Scotland, England, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, dan New Zealand. Di Jerman misalnya, markah yang dicapai oleh pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding dengan pelajar lelaki dan kebarangkalian pelajar perempuan meneruskan pendidikan ke tahap menengah atas adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Jules dan Kutnick (1997) melaporkan bahawa fenomena yang serupa turut dialami di Trinidad dan Tobago dengan kadar keciciran yang tinggi di kalangan pelajar remaja lelaki kerana mereka dikatakan mula kurang selesa dengan guru perempuan. Keadaan yang serupa turut berlaku di Malaysia, data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996-1999 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.
|
|
|
FORUM
May 12, 2011 22:03:39 GMT 9
Post by tgnatasya2cekal on May 12, 2011 22:03:39 GMT 9
Saya memang setuju dengan perkara yang dinyatakan oleh saudari Ong Teik Siun. Ini memanglah sifat semulajadi pelajar lelaki. Mereka kurang serius dalam pelajaran dan lebih fokus dalam perkara lain. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti awam ialah pelajar perempuan.Apabila lebih banyak pelajar wanita di kampus-kampus universiti awam, maka lebih ramailah graduan wanita akan bersaing untuk merebut jawatan yang sesuai di sektor awam mahupun swasta.
|
|
|
FORUM
May 13, 2011 9:38:14 GMT 9
Post by kamalia2cerdik on May 13, 2011 9:38:14 GMT 9
Kita juga tidak dapat menafikan bahawa kebanyakan manusia di dalam dunia ini yang berjaya mencipta banyak benda berguna kepada kita hari ini adalah dari kaum adam.Tetapi pada masa kini,kaum hawa lebih menyerlah dari kaum adam.Kebanyakan jawatan besar di setap syarikat kebanyakannya dimonopoli oleh kaum hawa.
|
|
|
FORUM
May 13, 2011 22:47:13 GMT 9
Post by iman2cgh on May 13, 2011 22:47:13 GMT 9
Walaupun pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki, kaum lelaki lebih banyak menjadi pemimpin di negara kita ini.
|
|
|
FORUM
May 14, 2011 23:10:36 GMT 9
Post by tgnatasya2cekal on May 14, 2011 23:10:36 GMT 9
Walaupun pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki, kaum lelaki lebih banyak menjadi pemimpin di negara kita ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kaum lelaki yang menjadi pemimpin. ini kerana masyarakat di Malaysia sudah menganggap kaum lelaki menjadi pemimpin adalah sebuah tradisi. Mereka masih lagi menganggap kaum perempuan tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana mereka menganggap kaum perempuan adalah lemah dan lebih berpotensi untuk menjadi suri rumah. Walaubagaimanapun, sudah terjelas bahawa kaum perempuan masa kini lebih menyerlah dalam pendidikan dan kaum lelaki yang tidak berjaya kebanyakannya hanya suka menganggur dan menjadi 'suri rumah'.
|
|