|
Post by mohdfaisalmustafa on May 9, 2011 20:00:10 GMT 9
Tujuan-tujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ialah:
-untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
-untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
-untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
-untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya;
-untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran
|
|
|
Post by webmaster on May 10, 2011 13:59:35 GMT 9
Saya rasa berbesar hati En Faisal sudi menjadikan forum ini sebagai platform perkongsian maklumat dan aduan demi kepentingan pelajar, guru dan sekolah
|
|
|
Post by mohdfaisalmustafa on May 10, 2011 19:41:03 GMT 9
Salam kepada semua warga SMKAA dan Ibu Bapa. Alhamdullilah, dalam masa terdekat ini, PIBG akan mengadakan kutipan amal Walkthon anjuran PIBG sekolah, Tujuan kutipan ini diadakan adalah untuk menambah dana PIBG bagi tujuan membantu sekolah meningkatkan kemudahan pengajaran dan pemelajaran.Selain itu,adalah menjadi tanggungjawab PIBG untuk membantu pihak sekolah menjadikan SMKAA sebuah sekolah berinformasi dan ceria selaras dengan misi sekolah iaitu"Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua murid melalui pendekatan bersepadu untuk melahirkan insan cemerlang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan".Di samping merealisasikan Visi sekolah "Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2015. Besar harapan kami barisan PIBG SMKAA, untuk mendapat kerjasama dari warga SMKAA dan ibu bapa untuk menjayakannya
|
|
|
Post by Ibu perihatin on Sept 14, 2011 4:29:42 GMT 9
Tahniah....diucapkan kepada YDP kerana telah berjaya mengumpul dana untuk program/aktiviti sekolah
|
|
|
Post by Faiz 4 Cekap on Sept 14, 2011 4:31:47 GMT 9
Saya suka dengan program Walkathon ni... ;D
|
|
|
Post by mohdfaisalmustafa on Feb 7, 2012 10:32:33 GMT 9
Salam satu Malaysia kepada semua warga SMKAA dan Ibu Bapa, Untuk makluman sekolah akan mengadakan mesyuarat agung PIBG pada 18 Februari 2012 . Kami barisan PIBG SMKAA 2011/12 mengalu-alukan kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memeriahkan lagi majlis dan dapat berkongsi idea dan pandangan dalam membantu sekolah merealisasikan visi menjadi sekolah cemerlang peringkat kebangsaan pada 2015. Besar harapan saya ibu bapa dapat hadir untuk memilih barisan kepimpinan baru yang lebih komited dan agresif.
|
|
|
Post by mohdfaisalmustafa on Apr 10, 2012 11:17:34 GMT 9
Salam satu Malaysia kepada semua ahli PIBG SMKAA dan Ahli Jawatankuasa. Ingin saya berkongsi tentang kejayaan PIBG SMKAA yang telah dipilih sebagai PIBG terbaik bagi daerah Kuantan dan terbaik peringkat negeri Pahang bagi kategori sekolah bandar. Kini kita telah dipilih ke peringkat kebangsaan dan telah berjaya ke peringkat akhir dan dipilih antara 6 sekolah terbaik. Keputusan akan diumumkan pada 25 April di Kuala Lumpur doakan kejayaan kita untuk menjadi PIBG cemerlang peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli PIBG , ahli jawatankuasa dan Datin Pengetua atas sokongan dan kerjasama. Besar harapan saya untuk kita dipilih sebagai PIBG cemerlang peringkat Kebangsaan selaras dengan Visi "SMKAA Menjadi Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Pada Tahun 2015"
|
|
|
Post by cikgu noor siah on Apr 11, 2012 19:17:52 GMT 9
Saya ucapkan Tahniah dan Syabas atas kejayaan peringkat daerah dan negeri....Semoga PIBG SMK Alor Akar juga diiktiraf sebagai PIBG Cemerlang Kebangsaan...Mudah-mudahan Allah makbulkan doa dan hasrat kita semua....Aminnnn
|
|
|
Post by Datin Pengetua on Apr 11, 2012 19:31:16 GMT 9
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya sangat berbangga mempunyai barisan AJK PIBG yang sangat cemerlang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu sehingga PIBG SMKAA menang di peringkat daerah dan negeri. Saya doakan Anugerah Cemerlang PIBG Periingkat Kebangsaan 2011 akan menjadi milik SMKAA. Insyaallah. Semoga kejayaan yang diperolehi akan meningkatkan lagi kerjasama tidak kira wang, tenaga, kepakaran dan masa dalam kalangan AJK PIBG bagi menjayakan program sekolah. Semoga SMKAA terus cemerlang dan gemilang di masa akan datang.
|
|